Assalamualaikum.
Hari ni kebetulan FA keluar teman kawan pergi interview di KLCC.Jadi lepas lepak kejap kat KLCC,FA gerak pergi pasar Chow Kit sebab FA kempunan nak makan ‘mee celup‘ dekat gerai Pak Ngah Bihun Sup.Serius FA cakap,mee celup dia memang sedap sangat bagi FA.Bagi korang FA tak tahulah macam mana.Bagi FA,gerai Pak Ngah Bihun Sup ni antara tempat makan yang sedap di Chow Kit dan di area KL ni.
Lokasi gerai Pak Ngah Bihun Sup ni tak susah pun nak cari.Sebab kalau korang dari depan pintu masuk Pasaraya UO tu,korang masuk je bahagian tepi pasar tu.Gerai dia dekat dengan orang jual buah-buahan kat situ.Gerai dia tak perlu masuk ke dalam sangat.
Inilah gerai yang dimaksudkan.Mungkin bagi mereka yang tak suka dengan suasana pasar yang bising,tak boleh datang sini kot.hehe.Sebab FA dah biasa.Jadi FA tak kisah dengan suasana bisingnya.Harga makanan kat sini bagi FA dan standard la.Tak mahal sangat,tak ada murah sangat.Hehe.
Amacam?Mengancam tak?Mesti korang automatik rasa lapar kan bila tengok gambar ni.Betul tak?Hehe.Makan mee celup+ABC special memang terangkat la.Tambah-tambah lepas hujan pulak tu.Apa yang special dengan mee celup Pak Ngah ni bagi FA adalah sambalnya.Dia tak gunakan sambal lada tu.Dia letak cili giling atau orang pantai timur panggil ‘cili boh’.Tu la yang buat makin terangkat tu bila makan.FA order dua mangkuk.Jangan ingat FA keding makan sikit yer.Kalau Jalan-Jalan Cari Makan nak upah pengacara baru,FA sanggup pergi.*poyo je ayat ni*
Harga untuk yang FA makan ni RM6 sahaja.ABC dia memang sedap giler la!Walaupun gerai biasa,FA langsung tak kisah.Sebab bagi FA gerai-gerai macam ni lagi sedap dari makan di hotel 5 bintang.
Jadi kalau korang nak datang ke gerai ni,datang sahaja yer.Dan FA boleh bagi jaminan korang tak akan menyesal datang sini taw.Ok.Kena tidur dulu.Dah lewat.Nanti makin tebal eyebag FA =.=
Wsalam.
The post Food Review:Tempat makan sedap di Chow Kit appeared first on .